Program Gaya Hidup Sihat iaitu Kejohanan Badminton dan Senamrobik
27 April 2026
Satu Program Gaya Hidup Sihat iaitu Kejohanan Badminton dan Senamrobik anjuran JKKP PA dan Perkhidmatan Akademik telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kampus Pekan. Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Pembukaan rasmi program telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah Kanan, Puan Ernie Nurazlin Binti Lizam.
Seramai 14 pasangan beregu telah berentap bagi mengondol pingat kejuaraan dalam suasana penuh semangat dan persaingan sihat.
Disediakan Oleh: YM Tengku Amyr Salahuddin Ashraf bin Tengku Ahmad Ashraf
E-mel: